back

BOBOIBOY

BoBoiBoy ialah siri animasi Malaysia dan francais yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Siri ini mengisahkan tentang seorang
budak lelaki bernama BoBoiBoy yang mempunyai kuasa berasaskan elemen alam. Bersama-sama kawan-kawannya, mereka membentuk satu pasukan
dan berjuang melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang cuba menakluki Bumi.


Siri asal, berjudul BoBoiBoy, mempunyai tiga musim, telah bersiaran dari Mac 2011 hingga Jun 2016. Filem pertamanya,
BoBoiBoy: The Movie telah ditayangkan pada 3 Mac 2016.

Boboiboy Daun

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Daun!"


BoBoiBoy Daun ialah salah satu bentuk elemental BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Daun VS Lanun dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan bentuk tahap pertama bagi BoBoiBoy Duri.


Setelah sekian lama membuat latihan yang berpanjangan dan usaha yang kuat, akhirnya BoBoiBoy berjaya menambahkan lagi kuasa elemennya, iaitu Elemental Daun. BoBoiBoy menerima kuasa elemen ini setelah dia mengembara ke Planet Gurunda. Walaupun dia telah memperolehinya, dia tidak dapat menggunakan kuasa barunya disebabkan oleh 'kerosakan' pada Jam Kuasa, sehinggalah peristiwa BoBoiBoy bertarung dengan Kapten Separo yang secara tidak langsung mencetuskan kuasa ini selepas terjatuh ke dalam sebatang pokok.


Kekuatan BoBoiBoy Daun terletak kepada kebolehannya untuk membuat serangan dan pertahanan dengan menggunakan daun dan tumbuh-tumbuhan dengan efektif. Serangannya tidak berapa kuat, tetapi cukup untuk menjengkelkan musuh-musuhnya. Hal ini kerana daun-daun yang dihasilkan olehnya menyebabkan miang dan gatal pada seluruh badan. Serangan berduri juga boleh mencederakan musuhnya dengan mudah. Setakat ini, BoBoiBoy Daun hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan dari Planet Bumi sebagai kuasanya. Kemungkinan pada masa hadapan apabila BoBoiBoy lebih memahami tentang kehidupan flora yang unik di planet lain, BoBoiBoy akan menggunakannya sebagai kuasanya.